perasaan gembira di Asiqs baharu




   Bangunan ASIQS akhirnya berpindah ke Space U8 Shah Alam. ASIQS yang baru ini lebih besar dan banyak kelas berbanding ASIQS lama. ASIQS lama terletak di Bukit Bandaraya Seksyen U11. Rumah saya lebih jauh daripada bangunan Space U8. Saya perlu bangun awal pada pukul 5 pagi, kerana di rumah saya selalu berlaku kesesakan lalu lintas.


   Selepas itu, kami makan bukan lagi dengan Segi Seri Catering. Kami makan di kafe dan salon yang terletak di sebelah sekolah kami. ASIQS berpindah di SPACE U8 kerana ASIQS mahu mengambil lebih ramai lagi pelajar di luar. ASIQS berpindah pada tempat yang sesuai,kerana SPACE U8 adalah tempat awam. Apabila pengunjung datang ke SPACE U8 para pengunjung akan melihat lambang ASIQS sebesar-besarnya. Apabila para pengunjung melihat lambang ASIQS pengunjung akan terkagum dan berminat untuk memasukkan anak2 mereka ke sekolah asiqs.

ASIQS berada di tingkat 3 dan berada di sebelah pusat bowling. Kami akan bermain bola atau atau aktiviti sukan di padang TUDM yang berhampiran dengan sekolah kami. kami rasa sangat gembira dan selesa di bangunan baru.


ASIQS POWER


Comments

Popular Posts